Rempuhan Meron 2021
Rempuhan Meron 2021

Rempuhan Meron 2021

Pada 30 April 2021 kira-kira jam 00:50 IDT, satu rempuhan orang ramai yang membawa maut berlaku di Meron semasa penziarahan Gunung Meron pada cuti Lag Ba'omer, yang dihadiri kira-kira 100 ribu orang. Empat puluh lima orang terbunuh dalam kejadian tersebut dan lebih daripada seratus orang tercedera, dimana berdozen daripadanya dalam keadaan kritikal. Kejadian tersebut merupakan bencana awam paling dahsyat berlaku dalam sejarah Israel.[1][2] Reuters menukilkan bahawa media Israel melaporkan bahawa sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), kawasan unggun api telah dipisahkan dan ia mungkin menyebabkan tempat itu sesak.[3]Rempuhan tersebut berlaku apabila para penziarah berpusu-pusu di satu bahagian kawasan lereng gunung, menuruni lorong masuk dengan lantai logam landai yang basah dengan tumpahan air. Para saksi mengatakan bahawa orang tersandung dan tergelincir berhampiran puncak tangga. Mereka yang berada di belakang, tidak mengetahui insiden itu terus melanggar orang yang berada di bawah.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Rempuhan Meron 2021 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Rempu... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.haaretz.com/israel-news/dozens-injured... https://www.jpost.com/breaking-news/lag-bomer-80-y... https://www.nytimes.com/2021/04/30/world/middleeas... https://www.reuters.com/world/middle-east/dozens-h... https://news.sky.com/story/how-did-the-israel-stam... https://www.timesofisrael.com/warnings-for-years-o... https://m.ynet.co.il/articles/59233810 https://www.ynet.co.il/news/article/B1xyGftwu